Kelas Asas ICT: Microsoft Office Powerpoint (Pantun) dan Tayangan Video KDB Sesi April 2019

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Asas Microsoft Office Powerpoint (Pantun) dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2:30 hingga 5.30 petang. Seramai 4 orang peserta yang berumur 18 tahun dan merupakan pelajar Lepasan SPM 2018. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
• Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali